RESIPI SAMBAL BENDI ALA NYONYA

RESIPI SAMBAL BENDI ALA NYONYA - Hallo sahabat Resep Masak, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RESIPI SAMBAL BENDI ALA NYONYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RESIPI SAMBAL BENDI ALA NYONYA
link : RESIPI SAMBAL BENDI ALA NYONYA

Baca juga


RESIPI SAMBAL BENDI ALA NYONYA

Assalammualaikum, salam semua. In sha Allah, esok kita akan mula berpuasa. Jadi hari ni che mat masak yang simple2 saja. Bulan puasa seakan2 pesta makanan pulak, bila di bazar2 muncul pelbagai jenis makanan yang jarang ada di hari2 biasa. Maklumlah nafsu makan masa tengah lapar, memang lain macam sikit, yea dak. Naga pun kalah! Bulan puasa che mat masak seperti biasa saja. Kuih2 yang manis agak kurang, tapi kalau murtabak, che mat suka. Hari ni nak berkongsi resipi orang peranakan cina yang juga boleh dihidangkan ketika berbuka puasa nanti. Sambal bendi memang sedap dimakan sebagai pembuka selera. Tapi bagi yang kurang gemar sayur bendi, minta maaf yea mungkin ini bukan resipi pilihan anda. Bagi yang nak mencuba, resipi mudah dan sedap ni, boleh semak kat bawah yea....Jangan lupa mencuba nanti. Selamat menyambut bulan Ramadan untuk semua umat2 Islam...

BAHAN-BAHANNYA :-)
14 batang bendi muda
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
4 biji bawang merah kecil, hiris halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 inci belacan, dibakar
1 ulas bawang putih, dibakar
3 biji cili merah
6 biji cili padi kampung (optional, tak suka pedas, toksah taruk)
1 camca teh gula
1/2 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bendi dicuci, kemudian toskan. Tak perlu dikerat bahagian hujung atau pangkalnya. Didihkan air, masukkan 1 camca teh garam dan beberapa titik minyak makan. Masukkan bendi dan celur 30 saat. Sementara itu siapkan bekas berisi air sejuk. Cedok keluar bendi dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk tadi. Biarkan sekejap hingga bendi sejuk. Angkat dan toskan hingga bendi kering.
  2. Kemudian kerat sedikit hujung dan pangkalnya (bahagian tangkai bendi). Hiris serong sederhana tebal. buat hingga semua selesai dan ketepikan.
  3. Dalam bekas besar, masukkan bahan2 tumbuk halus, hirisan bawang merah dan hirisan bunga kantan. Gaul rata, masukkan bendi hiris dan gaul lagi. Tambah jus limau kasturi, gaul rata dan rasa, jika ok boleh hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain...Selamat mencuba!


Demikianlah Artikel RESIPI SAMBAL BENDI ALA NYONYA

Sekianlah artikel RESIPI SAMBAL BENDI ALA NYONYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RESIPI SAMBAL BENDI ALA NYONYA dengan alamat link https://hobiyymasak.blogspot.com/2019/05/resipi-sambal-bendi-ala-nyonya.html