Judul : RESIPI LEMAK CILI PADI TEMPOYAK IKAN KELI
link : RESIPI LEMAK CILI PADI TEMPOYAK IKAN KELI
RESIPI LEMAK CILI PADI TEMPOYAK IKAN KELI
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat sempatlah masak menu permintaan mak, iaitu lemak cili padi tempoyak ikan keli. Ikan keli tu jiran kami kasi, ikan keli sungai. Che mat kurang sikit makan ikan keli kalau yang bela dalam kolam, kecuali keli yang bela dalam kolam kembes. Biasanya ikan keli sebelum dimasak lemak cili padi, lebih sedai kalau disalai dahulu, tapi nak jimatkan masa, che mat goreng saja. Ikan keli liar ni agak besar saiz dia, tapi bukan ikan keli africa tu yea, yang tu memang saiz dia besar macam gergasi, tapi kalau masak, minyak dia akan keluar berlenang, pakcik tak suka (lecehkan, semuanya tak suka....hahaha). Mak pakcik pesan, kalau masak nanti taruk petai, biar kuah dia rasa lebih sedap. Petai segar takde, jadi ku lempar masuk petai jeruk ajer wakk, ehh, sedap leer, terutama kuah dia. Satu lagi diam2 che mat masukkan pucuk ubi, ni ari malas nak simpul dan pucuk ubi tu kasi rebus sekejap untuk buang rasa maung dia, lepas tu baru masukkan dalam lemak cili padi. Resipi ini boleh juga dikategorikan sebagai resipi authentic Negeri Sembilan, sebab tak guna bawang, cuma cili padi, tempoyak dan kunyit hidup. Bagi yang tak makan ikan keli atau ikan air tawar, boleh ganti dengan ikan laut...Resipi seperti di bawah....
1 ekor ikan keli saiz besar (atau jika ikan kecil, guna 2 ekor)*
1 camca besar serbuk kunyit*
1 camca teh garam*
1 cawan pati santan
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1-2 keping asam gelugor (kalau asam gelugor besar, guna sekeping)
20 tangkai pucuk ubi, asingkan dari tangkainya, cuci dan rebus sekejap, toskan
1/2 cawan petai jeruk, toskan airnya (atau 3 papan petai segar, ambik isinya)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung, che mat campur yang hijau dan yang merah
2 inci kunyit hidup
1 camca besar tempoyak
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan keli dikerat kepada beberapa bahagian, atau ikut suka. Cuci bersih, kemudian perap dengan jus limau nipis, sedikit garam dan sesudu besar tepung gandum, gaul rata dan biarkan 15 minit. Cuci kembali hingga bersih, toskan dan lumur dengan serbuk kunyit* dan garam*. Panaskan minyak dan goreng hingga ikan keli masak, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk, tambah serai dan asam gelugor. Tuang air secukupnya, anggaran 3 cawan. Kacau rata dan masak hingga mendidih, masukkan petai jeruk dan pucuk ubi, kacau rata dan masak hingga pucuk ubi lembut.
- Masukkan ikan keli, kacau perlahan, jika kurang kuah, boleh tambah sedikit lagi air panas. Masukkan pati santan, kacau sentiasa dan perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan daun kunyit, biarkan mendidih dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk mengelakkan minyak meletop2 masa kita goreng ikan keli tu, pastikan ikan keli kita biar betul2 kering sebelum dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Masa nak goreng, masukkan sekeping asam gelugor dalam minyak, in sha Allah, ikan akan ok dan tak meletop masa digoreng. Selamat mencuba!
Demikianlah Artikel RESIPI LEMAK CILI PADI TEMPOYAK IKAN KELI
Sekianlah artikel RESIPI LEMAK CILI PADI TEMPOYAK IKAN KELI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RESIPI LEMAK CILI PADI TEMPOYAK IKAN KELI dengan alamat link https://hobiyymasak.blogspot.com/2019/09/resipi-lemak-cili-padi-tempoyak-ikan.html